Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiyah Uthmaniah pada tahun 1942.Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur.Malah hari ini kita menyasikan aqidah yang menjadi benteng kekuatan umat islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun runtuhnya ad -Daulah al- Islamiyah.
Mutakhir mengenai gejala murtad mula menyerang orang-orang islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak muda yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak dinafikan sesetengah daripadanya telah dibekalkan dengan ilmu agama yang secukupnya tetapi terlalu nipis benteng yang dibina sehingga menerima gejala murtad dengan mudah.
Antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang-orang melayu (murtad) ialah agama kristian, hindu dan buddha. Agama kristian merupakan agama yang paling aktif berbanding agama lain kerana ia melibatkan gerakan Missionarri antarabangsa. Manakala hindu dan buddha hanya terlibat melalui perkahwinan dan percintaan secara rambang.
Last Updated ( Thursday, 18 June 2009 11:17 )
Kelebihan Solat
Tuesday, 26 May 2009 10:09
admin
Solat Berjemaah
Kelebihan solat berjemaah dari sudut pandangan seorang bukan islam, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kelebihan dalam setiap amalan kita terutamanya solat berjemaah, diceritakan bahawa seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika telah membuah satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjemaah dalam islam. Menurut profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elekterik iaitu cas positif dan negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas tersebut didalam tubuh badan kita. ini menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita kepada keadaan normal.
Last Updated ( Tuesday, 26 May 2009 14:47 )
Read more...
Fadhilat Selawat
Monday, 25 May 2009 10:07
admin
Fadhilat Selawat
Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda
Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat dengan izin Allah sampai ke kuburku. Maka Malaikat berkata "wahai Muhammad!, umatmu telah membaca selawat untuk engkau!" lalu kata Nabi SAW, " sampaikan kepadanya dariku sepuluh selawat dan katakan kepadanya telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari ku (Nabi SAW).
Maka Malikat tadi terus naik ke atas Arasy dan berkata, "wahai Tuhanku, sesungguhnya manusia ini telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, " Sampaikan kepadanya dari Aku sepuluh selawat"
FADILAT SURAH AL-IKHLAS
Tuesday, 05 May 2009 12:56
admin
ANTARA KELEBIHAN/FADILAT SURAH AL-IKHLASDari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
Last Updated ( Tuesday, 26 May 2009 14:48 )
Read more...